Photobucket Photobucket Photobucket

Rencana Belajar Kyna



Suasana Di Kesandra pagi itu kusam .. Awan hitam dah menyelubungi langit . Mendung . Seperti perasaan seorang gadis 19 tahun itu . Kemurungan melanda dirinya sejak tengah hari semalam . Selepas dia mendapat keputusan SPM . Keputusan yang sangat mendukacitakannya .
Just cukup – cukup makan je result aku , Universiti mane nak terima aku?.’ 
‘Apa aku nak buat kalau tak dapat sambung study?.’ otak Kyna ligat menyoal hatinya yang dilanda kerisauan itu .

“Kyna , ape yang di menungkan tu ?.” Tanya papa apabila melihat anak bongsunya itu termenung di ruang tamu rumah .
televisyen terpasang , ‘ni TV tengok die , bukan die tengok TV .’ papa berbisik sendiri sambil menekan rimute untuk menutup TV .
“eh , papa . huh !” Kyna mengeluh kuat .
“kenape kuat sangat mengeluhnya?.” Tanya papa .
“entahlah pa , Kyna tak tahu lah . apa nasib Kyna lepas nie . apa yang kyna nak buat lepas ni . Tu lah , Kyna ni degil sangat . mama suruh Kyna belajar . Kyna main - main . sekarang , Kyna jugak yang rugi .” kata Kyna dalam penyesalan .

memang hati Kyna resah . Tak tahu apa lagi yang harus di lakukan . Nak kerja Confirm mama ngan papa tak kasi .

“Kyna dah pergi sekolah ?. tengok nama Kyna tersenarai tak untuk kemasukan ke tingkatan enam ?. papa fikir , eloknya Kyna ambil STPM . daripada tak buat apa – apa.” cadang papa.

Papa memberi cadangan . Papa tidak mahu anak kesayangannya itu murung . Papa cuba memberi sedikit idea .

“Ya lah pa , Kyna tak pergi tengok lagi . Nanti lah , esok Kyna pergi dengan abang long .” jawab kyna .
“Okei , macam nie baru puteri papa . Yakin , Kuat . Jangan nak muncung –muncung lagi . Muncung kyna tu , boleh sanggut baju 40 helai .” papa melawak .
Kyna turut tergelak . Hatinya berasa sedikit terhibur dengan lawak papa . Tapi , jauh di sudut hatinya , dia masih resah dan gelisah .






Pagi itu , seperti yang dijanjikan . Kyna mengajak abang long menemaninya ke sekolah lamanya . Melangkah kaki ke sini , membuatkan fikiran kyna mengimbau semula kenangan dengan teman – temannya .
‘kemana mereka semua agaknya ?.’ kyna berkata sendiri .
pada hari kyna mengambil keputusan SPM , dia tidak nampak dengan rakan – rakan yang lain . Cuma dia dan kysara sahaja . Memang dari dulu lagi , kyna lebih rapat dengan kaisara berbanding mereka yang lain . Kyna membiarkan kenangan itu terpaku dalam mindanya .

sedar tak sedar , kyna sudah berda di dalam pejabat . Berurusan sebentar dengan kerani yang di panggil kak Mila. Bertanyakan tentang kemasukan ke tingkatan enam . Setelah setengah jam berurusan , kyna keluar dengan surat tawaran di tangan . kyna yakin , dengan surat tawaran itu , dia akan memulakan semula ‘sesi persekolahan’ yang sudah lama ditinggalkan , dan kyna berjanji untuk membanting tulang , belajar dengan bersungguh – sungguh untuk Berjaya . begitu tekad semangatnya .  kyna melangkah keluar dari pejabat .

“hah , macam mana ?.” Tanya abang long .
“Okei , kyna dapat tawaran ke tingkatan enam .Hari isnin ni daftar kat SMK Seri Menara .” terang kyna .
“oh , baguslah . Belajar elok – elok . ada apa – apa lagi ?.” Pesan abang long  .
abang long inginkan kyna sepertinya , melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam , dan melalui saluran itu , kyna bukan sahaja menjadi pelajar Pra-U . Tapi , juga pandai meningkatkan jati diri dan kepimpinan yang tak menyerlah dalam diri kyna .
“Rasanya , tak ada .” jawab kyna .
mereka pun bergerak menuju ke tangga dan bersedia untuk pulang ke rumah .
Tetapi , langkah Kyna terhenti apabila mendengar sayup – sayup namanya dipanggil oleh seseorang . Kyna berpaling ke belakang .
“ Miss hana !” kyna separuh menjerit .
Kyna berlari – lari anak ke arah Miss Hana . Dia sangat rindukan Miss Hana yang banyak membantunya semasa di tingkatan lima dahulu .
Mereka bersalaman dan berpeluk – pelukan . Abang long hanya melihat aksi jejak kasih antara guru dan pelajarnya itu . tapi , terdetik satu suara halus dalam hatinya .
‘cutenye Miss hana ni’ abang long tersenyum .
How are U ?.” Tanya Miss Hana .
Fine , Thank you . miss ?.” Kyna bertanya semula .
i fine too . so , awak buat ape sekarang ?.”
“saya nak sambung Form 6 la miss . nak masuk U tak dapat .” Kyna bersuara rendah .
“ye ke ?. tak apa , walau apa pun keputusan awak . Saya support awak .” Miss Hana menyuntik semangat ke dalam diri Hana .
Thanks Miss.” Kyna kembali senyum . “oh ya , kenalkan. nie abang long saya . Fatah . dia bekerja sebagai doctor kat Hospital Menara ni” Kyna kembali bersuara memperkenalkan abang longnya yang dari tadi tercegat menyaksikan telatah mereka .
Miss Hana mangangguk dan menghulurkan senyuman termanis buat abang long . Miss Hana memang seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan kaum berlainan jantina . Miss Hana lebih suka menunduk apabila berhadapan dengan mereka .
‘aduh ! mau cair aku dibuatnya .’ suara hati abang long meronta – ronta apabila panahan senyuman tu menusuk matanya .
“Hai.” abang long mebalas senyuman .
“ehem , abang long . Miss Hana nie, pemalu sikit dengan lelaki .” kata Kyna .
abang long hanya tersenyum . ‘dari tingkah laku dia pun aku memang dah tahu dia pemalu . bagus , ade ciri – ciri perempuan yang aku cari’ . abang long mula berangan untuk kenal miss Hana lebih dekat lagi .
Miss , saya minta diri dulu ya .” Kata Kyna .
“okei , kirim salam pada mama kamu ya .”
kyna mengangguk “abang long , jom balik.”
abang long yang dari tadi tak lekang memandang miss Hana , terperanjat .
“aik , dah nak balik ?.” Tanya abang long .
“ye lah , jom lah . kenapa ?. abang long tak nak balik ?.”Tanya kyna . Kyna tersenyum .
“eh , jom . jom .” abang long mula mengatur langkah laju ke bawah .
“saye balik dulu miss Hana . saya rasa abang long dah suka kat miss lah .” Kyna sempat mengusik Miss Hana .
“awak ni !” Miss Hana menjerit . dia malu . pipinya memerah .
Kyna melambai sebelum laju menuruni tangga itu .Dia mengejar abang long yang sudah laju berjalan meninggalkan kawasan sekolah .

Apabila mendekati abang long dan berjalan seiring . Kyna memulakan bicara . hati – hati Kyna mengeluarkan setiap bicaranya .
“abang long . kenapa tadi asyik tengok je Miss Hana tu ?. Minat ye ?.” Tanya kyna sambil tersenyum .
“eh , kyna nie . mana ada .” abang long masih berselindung . sedangkan dalam hatinya bersuara , ‘ya lah kyna .’ tapi , tak mampu nak luahkan .
“alah , abang long nie . tak nak mengaku pulak kan . mengakulah , kalau abang long nak . Kyna boleh tolong adjustkan . he he he .” kyna bersuara riang . abang long hanya diam membisu , tapi bibirnya masih mengukir senyuman dan Kyna nampak senyuman itu .

Kyna gembira sebenarnya , kerana abang long sudah boleh menerima wanita lain dalam hatinya . Selepas kejadian dua tahun dulu . abang long , tidak dapat menerima mana – mana perempuan lain setelah tunangnya meninggal akibat kemalangan . Lebih kurang setahun juga , abang long tidak terurus . pekerjaannya terabai . Cinta abang long pada kak Yasmin memang kuat . Sampaikan dirinya sendiri yang menderita .





Malam itu , kyna lepak di balkoni biliknya .Kyna menghirup udara malam begitu nyaman . Sambil tangannya mengulas lembut bulu Tommy , kucing kesayangannya . Kyna melihat bintang di langit . Begitu jelas di pandangan mata . Kyna tersenyum sendiri .

Kyna tidak sabar untuk melangkah kembali ke alam persekolahan . Bagaimana dia menjadi pelajar tingkatan enam di sekolah baharu . Pasti seronok ! Hatinya meronta tidak sabar . Yang menggembirakannya lagi , bila Kysara juga membuat keputusan untuk turut serta masuk ke tingkatan enam .
‘tak lah boring sangat kalau ada Sara.’ Kyna bercakap sendirian . Dia tersenyum .

Matanya  memandang ke langit . tenangnya malam ini . Kyna mencapai telefon bimbitnya . Dia mendail number telefon Kysara . Tak sampai 10 saat , telefon terus diangkat .
‘cepat betul Sara ni.’

“Hai Kyna .” Sara bersuara riang .
“Hai sara , buat ape tu ?.” Tanya Kyna .
“Aku ngah belek – belek majalah ni . boring sangat . tak tahu nak buat apa .” terang Sara .”eh , kau buat apa telefon aku malam – malam nie ?. rindu ye ?. hehe” Sara bercanda .
“mestilah rindu .” Kyna mengusik. “aku tak sabarlah Sara . macam mana ya , kita mase F6 nanti?.” Tanya Kyna .
“aku sure , mesti best punye . Eh , Sara . Pagi tadi , mase aku pergi sekolah , nak ambil surat tawaran tu . Aku terserempak dengan Ilham .” Sara mula bercerita .
“Ilham ?.” Kyna pura – pura bertanya .
“ya lah , Ilham yang selalu sangat kenakan kau .. Takkan Kau lupa ?.Impossible .Dari F1 sampai F5 die asyik kenakan kau . Takkan kau lupa kot .” Kata Sara .
“eh , Aku ingat . kau Nampak dia?.”
“a’ah , dia pun masuk F6 jugak . Geramnya . nanti , mesti dia kenakan kau lagi .” Kata Sara .
“eh , ye ke ?. tak apa lah Sara . dah jodoh aku dengan dia kot .” Kyna bersenda .
“ha?. apa kau cakap ?. ulang lagi sekali.” sara meninggikan suara .
“eh , tak lah . aku cakap . aku nak tidur dulu lah . dah mengantuk lah .” Kyna bedalih .
“eleh , macam aku tak dengar . Kyna .. kyna .. macam mana kau boleh suka kat Ilham . dia tu selalu je kenakan kau . Pape je lah kau nie Kyna . Ok , tidur elok – elok . jangan mimpi Ilham tau .” kata Sara . Dia geram dengan sikap Kyna yang sangat suka pada Ilham . sedangkan Ilham selalu kenakan Kyna .
Kyna tersenyum mendengar leteran Sara . Setelah ganggangan telefon di letakkan . Kyna membaringkan tubuh ke katil . hatinya gembira apabila mendengar Ilham juga belajar di tingkatan enam . Lagilah hatinya meloncat riang .






rainbow Pictures, Images and PhotosJom Tulis Sinierainbow Pictures, Images and Photos