Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, May 30, 2010

Permulaan


Bismillahirahmanirahim..

Pujian buat Pencipta kita Sebagai wadah kepada permulaan tintaku ini. Di sini, akan aku coretkan pelbagai perkara. Pusingan roda kehidupanku adalah melalui pengalaman dahulu. Segalanya kini telah mengubah diriku serta pemikiranku untuk menjadi lebih dewasa. hari - hari yang ku tempuh adalah berlandaskan pada kepercayaan ku terhadap prinsip hidup, iaitu "Pengalam Dulu yang Menjadikan Diri dan Pemikiranku Lebih Matang".

Kini, usia yang bakal menjangkau 20 terasa seperti aku sudah lama hidup di dunia yang indah ini. Telah banyak yang aku lalui. Kemana - mana sahaja aku melangkah, setiap satunya bagai sentiasa segar di lubuk hatiku ini. soal Cinta, soal Persahabatan, soal kekeluargaan semuanya teteap kukuh dalam mindaku.

semuanya cukup mengajar aku untuk lebih berfikir jauh dan matang untuk melangkah ke langkah seterusnya. Fasal Cinta, cukup untuk mencintai Allah sudah membuatkan aku sentiasa Rindu dan Sendu untuk sentiasa merebahkan Cintaku pada Ya Rabbul Izzati. Rasa Rindu padaNya, sentiasa meningkat dalam setiap hari - hariku. sesungguhnya, aku tidak terkecuali untuk punyai rasa Cinta dan Sayang pada yang diciptaNya, dan rasa itu adalah anugerah terindah yang dilahirkan oleh Allah kepada setiap Hamba - Hambanya. Aku mohon, jika aku jatuh cinta, aku mahu jatuh hati pada Hambanya yang sentiasa menyanyangi, menyanjungi serta memuja hanya Allah. semoga, harapan dan doa yang ku panjatkan dikabulkan oleh Allah.

Mengenai persahabatan, saat dan memoir bersama - sama teman2 sentiasa mekar indah dalam hati ku..Aku sentiasa sayu mengenangkan setiap bait - bait kenangan yang selalu hadir dalam jiwa ku. hari - hari, aku sangat merindui semua sahabat - sahabatku. ku doakan, semuanya berjaya..

fasal keluarga, hal ini takkan pernah putus daripada coretanku. Aku sangat menyanyangi keluargaku. Sebuah keluarga yang besar, cukup untuk aku berlindung dan berteduh daripada pelbagai musibah..

Aku adalah aku, dan akan tetap menjadi diriku..




No comments:

Post a Comment



rainbow Pictures, Images and PhotosJom Tulis Sinierainbow Pictures, Images and Photos